Hari-2

Selepas sarapan pagi (disediakan), peserta akan dibawa menuju ke daerah Waitomo untuk melawat satu-satunya gua seumpama ini yang wujud di dunia. Anda pasti akan takjub dengan ciptaan Allah SWT apabila melihat sendiri keajaiban gua ini terutamanya makluk yang menjadi penghuni gua ini. Perjalanan dari Hamilton ke Waitomo sejauh 73km mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. 



Waitamo Cave dan suasana di dalamnya

Waitomo adalah sebuah perkampungan dengan populasi yang kecil iaitu dalam lingkungan 9,700 penduduk. Perkampungan ini dianggap syurga sebenar New Zealand. Waitomo adalah perkataan Maori dimana “Wai” bermaksud air dan “Tomo” bermaksud pintu atau lubang. Perkataan ini boleh diertikan sebagai “aliran yang mengalir ke dalam lubang dari dasar bumi”

Disinilah terletaknya satu-satunya formasi batu kapur dan sistem gua istimewa dimiliki dunia yang menjadi tumpuan pelancong. Gua gelap ini dihuni oleh beribu-ribu larva yang mengeluarkan cahaya biru. Apabila berada didalam gua ini dan memandang kepada siling gua, pengunjung pasti terpukau dengan butir-butir cahaya biru seolah-olah berada di angkasa lepas yang dikelilingi oleh bintang-bintang. 

Lebih menarik anda akan dibawa menyusuri sungai di dalam gua ini dengan menaiki perahu  yang dikendalikan secara 'waitomo style'. Keajaiban ini hanya boleh dirasai dengan mengujungi Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. 

Selepas melawat gua Waitomo, peserta akan menikmati makan tengahari di Te Kuiti sebelum menuju ke ibu negara New Zealand iaitu Wellington.

Setibanya di Wellington, peserta akan dibawa ke camping site Aotea untuk bermalam di dalam motor home masing-masing sementara menunggu waktu menaiki feri menuju ke pulau selatan New Zealand. Peserta akan disajikan makan malam di sini.



No comments:

Post a Comment