Hari-1

Peserta dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Auckland pada awal pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam setengah. Peserta akan berehat di lapangan terbang sementara menunggu waktu pagi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

Lebih kurang jam 9 pagi, peserta akan menaiki motor home masing-masing yang disediakan oleh pihak kami. Setiap motor home akan disediakan seorang wakil khas pihak kami yang akan bertindak sebagai pemandu dan pembantu peserta sepanjang percutian ini bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan memudahkan komunikasi.


Fasiliti kenderaan yang akan digunakan sepanjang percutian di NZ.

Seterusnya, peserta akan dibawa ke pasaraya PARKnSAVE untuk membeli barangan keperluan bagi perjalanan selama 8 hari. Peserta juga boleh membeli barangan keperluan sendiri di sini.

    Sekiranya perjalanan bermula pada hari Sabtu, peserta akan dibawa ke pasar tani Parnell untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. 

    Gerai buah strawberi di Parnell Market

    Suasana di Parnell Market

    Bekalan daging, ayam dan barangan basah halal akan di beli di kedai Kwality Halal Meat dan kedai disekitarnya.

    Membeli daging dan ayam di Kwality Halal Meat

    Untuk makan tengahari, peserta akan dibawa ke restoran Ayutthaya yang terletak di bandar Auckland.

    Selesai makan tengahari, perjalanan akan diteruskan dari Auckland City ke Hamilton, di daerah Waikato sejauh lebih kurang 130km mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Setibanya di camping site yang terletak di Hamilton, peserta akan berehat dan bermalam di dalam motor home masing-masing sambil menikmati makan malam yang pihak kami sediakan.

    Hamilton atau Kirikiriroa dalam bahasa Maori adalah pusat bandar ke empat terbesar di New Zealand. Bandar ini terletak di dalam Jajahan Waikato sebelah Pulau Utara lebih kurang 130km dari Auckland. Bandar ini adalah merupakan pusat perkhidmatan pertanian. Pengajian adalah antara puca ekonomi utama bandar ini dimana menempatkan lebih kurang 40,000 pelajar dan 1000 pelajar peringkat PhD.

    Suasana makan malam di dalam motor home

    No comments:

    Post a Comment