Hari-4

Selepas sarapan (disediakan), peserta akan dibawa ke satu lagi kawasan tumpuan pelancong iaitu Pancake Rock. Lihatlah sendiri kejadian alam semulajadi yang berusia jutaan tahun dalam membentuk batuan Pancake. Kejadian ini anda hanya dapat saksikan di New Zealand sahaja.




Keindahan pemandangan Pancake Rock di Punakaiki

Selain itu, satu lagi keajaiban yang terdapat di Punakaiki ialah kewujudan 'Blow Holes', iaitu suatu misteri alam yang tidak harus dilepaskan oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke Punakaiki. Peserta akan merasakan sendiri fenomena bunyi yang terjadi secara semulajadi apabila angin kencang melalui celahan batuan di tepi pantai. Inilah satu-satunya fenomena bunyi seumpamanya yang wujud dan tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di New Zealand!

Blowholes

Perjalanan diteruskan menuju ke Shanty Town, sebuah bandar lama atau bandar 'koboi', yang terletak lebih kurang 10km dari Greymouth. 







Pengujung berpeluang merasakan pengalaman menaiki keretapi stim yang pernah digunakan pada abad ke-19. 


Keretapi Stim yang digunakan pada abad ke-19

Bersama pemandu keretapi stim

Alamilah suasana pengalaman berada di kilang papan gaya 'koboi' dan merasai suasana kantin mereka. 


Selain itu, peserta juga berpeluang mendulang emas sendiri dengan dibantu oleh pekerja tempatan, untuk mencari emas dan anda boleh membawa pulang hasil dulangan emas anda. Semua itu boleh didapati dengan bayaran serendah NZD 7 sahaja!

Mendulang emas di Shanty Town

Setelah melihat bandar 'koboi' Shanty Town dan menikmati makan tengahari yang disediakan, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan seterusnya, iaitu Christchurch dan akan melalui Arthur's Pass, dimana peserta akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah termasuk gunung ganang yang diliputi salji. Perjalanan yang agak jauh ini dijangka akan memenatkan kerana jalan yang bengkang bengkok dan mendaki gunung.


Gunung yang diliputi salji menerima pancaran matahari

Pemandangan di waktu malam


Peserta akan menginap di South-North motor home camping ground, Christchurch. Makan malam disediakan untuk para peserta.

No comments:

Post a Comment