Hari-5

Seperti biasa, selepas bersarapan pagi, peserta akan dibawa melawat Williowbank Wildlife Reserve untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang berasal dari New Zealand seperti burung kiwi dan melihat budaya masyarakat Moari. 

Willowbank Wildlife Reserve

Peserta akan dihidangkan makan tengahari dan seterusnya dibawa bersiar-siar dan membeli-belah di bandar Christchurch. Jangan lepaskan peluang membeli baju berjenama Canterbury di Cantebury!

Suasana tenang bandar Christchurch

Dari Christchurch, konvoi akan menuju ke Kaikora. Jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ini seperti ladang biri-biri yang luas serta berlatarbelakangkan gunung yg dilitupi salji. Peserta juga berpeluang melihat anjing laut di sepanjang persisiran pantai Kaikora. Setibanya di Kaikora, peserta akan dihidangan makan malam dan bermalam di sini. 


Pemandangan landang ternakan biri-biri

Lokasi melihat anjing laut di Kaikoura

Pemandangan Menarik Sepanjang Perjalanan ke Kaikoura

No comments:

Post a Comment