Trip 2013 - Day 7 (Wairake-Waitomo-Hamilton-Huntly)

Hari ke-7 kami di sini, peserta konvoi dibawa melawat Thermal Walk Valley yang terletak berhampiran dengan camp site Wairakei Tourist Park, Taupo. 

Camp site di Wairakie Tourist Park, Taupo
Antara tarikan di Wairakie Tourist Park, Taupo

Thermal Walk Valley
Seterusnya peserta konvoi bergerak ke Waitomo yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan untuk menyaksikan satu lagi tarikan pelancong di sini iaitu Waitomo Cave yang terkenal dengan Glow Worm dan merupakan satu-satunya gua di dunia yang mempunyai haiwan unik yang mengeluarkan cahaya seperti ini. Terasa seperti berada di angkasa lepas bila berada didalam gua, kesan dari cahaya yang dikeluarkan oleh haiwan ini. Pengunjung akan di bawa masuk ke dalam gua secara senyap dengan bot yang disediakan untuk menyaksikan sendiri keajaiban ini. Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar sewaktu berada di dalam gua. Jadi, kami bergambar diluar gua dulu...:D
Waitomo Cave
Bergambar kenangan sebelum memasuki gua Waitomo
Pengembaraan di dalam gua Waitomo ini mengambil masa kita 45 minit. Setelah selesai masuk gua, kami membeli brangan cenderahati kenangan di kedai yang terdapat di laluan keluar gua. Seterusnya, konvoi bergerak pula ke Hamilton, sebuah bandar popular di wilayah Waikato di Pulau Utara New Zealand. Kami berhenti rehat sambil makan di restoren-restoren halal yang terdapat di bandar ini.


Bandar Hamilton

Selesai menjamu selera di bandar Hamilton, konvoi terus bergerak menuju ke camp site seterusnya yang terletak di Lake Hakanoa Caravan & Motor Park, Huntly kira-kira setengah jam perjalanan. Peserta bermalam di sini sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di sekitar Auckland.
Pemandangan camp site di Lake Hakanoa

Trip 2013 - Day 6 (Cheviot-Picton-Wairakie)

Perjalanan kira-kira 775km dari Lake Hewea ke Pelabuhan Picton ini sesungguhnya mencabar stamina dan minda kami. Dengan strategi yang dirancangan oleh marshall Universe Heritage, kami mengatur jadual pemanduan supaya dapat tiba di Pelabuhan Picton mengikut jadual yang ditetapkan.

Singgah seketika minum kopi dalam perjalanan menuju Picton
Perjalanan yang agak memenatkan ini terpaksa diteruskan setelah berlaku penutupan laluan ke sebelah barat Pulau Selatan akibat kejadian tanah runtuh. Kami juga tidak mahu terlepas jadual perjalanan feri kerana ini akan menjejaskan jadual perjalanan kami di Pulau Utara nanti. Syukur Alhamdulillah, semua peserta konvoi telah berjaya sampai ke Pelabuhan Picton jam 5 petang sebelum menaiki feri jam 7 malam.

Trip 2013 - Day 5 (Lake Hawea-Omarama-Cheviot)

Perjalanan dari Lake Hawea ke Cheviot melalui Omarama agak memenatkan kerana kami perlu mengikut jadual feri di Pelabuhan Picton yang akan berlepas pada jam 5 petang. Kami tiba di camp site Cheviot Motel & Holiday Park pada jam 8 pagi untuk berehat, membersihkan diri dan makan pagi dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Picton. Seperti biasa, makanan disediakan oleh petugas-petugas UH untuk ke semua perserta konvoi.

Pemandangan di Omarama
(source:http://www.nzonline.org.nz/nzo/destinations/omarama)
Makan pagi di Cheviot
Perjalanan dari Cheviot menuju ke Pelabuhan Picton ini adalah melalui laluan asal kami sewaktu menuju ke Cheviot dari Pulau Utara tempoh hari. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 3 jam dan kami telah selamat tiba pada jam 4 petang di Pelabuhan Piction dan menaiki feri ke Pulau Utara pada jam 7 malam.

Setibanya di Pelabuhan Wellington di Pulau Utara, pasukan konvoi terus bergerak ke satu lagi cam site di Wairakie untuk bermalam dan seterusnya melawat satu lagi destinasi pelancongan tumpuan di sana.

Trip 2013 - Day 4 (Milford Sound - Queenstown-Omarama-Cheviot)

Menurut kajian kajian 2008 Travelers' Choice Destinations Awards oleh TripAdvisor, Milford Sound merupakan destinasi tumpuan pelancong paling utama dari seluruh dunia bagi melihat keindahan alam semulajadinya. UNESCO juga mengiktiraf Milford Sound sebagai World Heritage. Milford Sound juga dikenali sebagai Eighth Wonder of the World kerana keindahannya yang memukau para pelancong.

Sewaktu di Milford Sound, cuaca hujan renyai-renyai dengan suhu sejuk sekitar 5 darjah celcius tidak menghalang kami untuk menyaksikan sendiri keindahan Milford Sound. 

Pemandangan di Milford Sound
 (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Milford_Sound)
Pintu masuk ke Milford Sound cruise
Peserta konvoi yang teruja menaiki cruise Milford Sound

Air Terjun Stirlling dengan ketinggian 155m antara lokasi tumpuan cruise Milford Sound.
Selesai menaiki cruise Milford Sound, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown melalui Te Anau. Laluan cerun bukit menuju ke Queenstown sekali lagi memukau pandangan kami dengan keindahan alam semulajadinya. 

Laluan cerun bukit menuju Te Anau
Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Te Anau
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 3 jam ini dipenuhi dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Queenstown. Kami singgah di Tasik Wakatipu untuk mengambil gambar kenangan. 

Tasik Wakatipu
Setibanya di bandar Queenstown, kami tidak melepaskan peluang membeli barangan cenderahati yang terdapat di bandar ini. Bagi peminat pakaian jenama Centerbury, anda juga boleh mendapatkan pilihan baju yang menarik di butik Canterbury yang terdapat di Quuenstown.

Butik Canterbury di Queenstown
Selesai membeli-belah di Queenstown, kami meneruskan perjalanan ker Greymouth. Namun perjalanan kami tersekat akibat kejadian tanah runtuh berhampiran Lake Hawea dan laluan ke Greymouth telah ditutup kepada semua kenderaan. Kami terpaksa menukar laluan untuk kembali ke Cheviot melalui Omarama untuk menuju ke Pulau Utara. Perjalanan ini mengambil masa 8 jam untuk tiba di Cheviot, sebelum kami meneruskan perjalanan ke Picton untuk menaiki feri ke Pulau Utara.

Trip 2013 - Day 3 (Cheviot-Christchurch-Dunedin-Invercargill-Milford Sound)

Hari ke 3 percutian, merupakan antara perjalanan yang paling menyeronokkan. Peserta konvoi akan dibawa melawat ke beberapa tempat menarik seperti Willowbank Wildlife Reserve di Christchurch, melihat keajaiban batu berbentuk bulat di Moerarki Bolders, melawat kilang Cadbury di Dunedin dan menziarahi masjid paling hujung di hemisfera selatan yang terletak di Invercargill. Tapi sebelum itu, kita breakfast nasi lemak yang disediakan oleh Universe Heritage dulu sebelum memulakan perjalanan.


Suasana makan pagi di Cheviot
Destinasi pertama peserta ialah Willowbank Wildlife Reserve yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Cheviot. Di sini peserta berpeluang menyaksikan haiwan yang menjadi trademark kepada New Zealand iaitu burung Kiwi dan haiwan-haiwan lain yang terdapat di zoo ini. Tapi kami tidak dibenarkan mengambil gambar burung Kiwi atas arahan pihak zoo.

Salah satu pemandangan di Willowbank Wildlife Reserve
Selesai menyaksikan burung Kiwi, perjalanan diteruskan menuju ke satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia bagi menyaksikan sendiri batu-batu besar yang berbentuk bulat seperti bola yang wujud di Moerarki Bolders. Pelbagai mitos dikatakan mengenai kewujudan batu-batu ini. 


Pemandangan indah di Moerarki Bolders
Destinasi seterusnya ialah kilang Cadbury yang terletak di Dunedin. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua jam ini sangat menyeronokkan. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan, kami dihidangankan dengan pemandangan indah sepanjang pantai Timaru dan keindahan ladang biri-biri yang menghijau di sepanjang jalan. Patut la biri-biri New Zealand sihat-sihat. Tengok la padang ragut macam mana :D.

Padang ragut di Palmerston
Suasan indah tepi pantai di Timaru
Kami tiba di Dunedin kira-kira jam 1 tengahari. Kami dibawa melawat ke dalam kilang asal Cadbury yang masih beroperasi hingga ke hari ini bagi menyaksikan sendiri bagaimana coklat dihasilkan menerusi demonstrasi penghasilan coklat yang di sediakan pihak kilang Cadbury untuk tontonan pelawat. Peserta juga tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis coklat Cadbury (yang halal sahaja ok...) pada harga yang istimewa serta cenderahati untuk dibawa pulang. 
Kilang asal Cadbury di Dunedin
Kedai coklat di kilang Cadbury, Dunedin
 Selesai melawat kilang Cadbury, konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Invercargill. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar untuk berehat dan makan-makan.
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Invercargill
Perjalanan ke Invercargill mengambil masa kira-kira 3 jam. Perasaan kami untuk sampai ke masjid paling hujung di dunia ini semakin teruja. Kami ingin melihat sendiri dan berkongsi pengalaman dengan komuniti Islam yang terdapat di sini. Semangat perjuang mereka mempertahankan Islam di sini amat menyentuh hati dan memberikan kami pengajaran dan iktibar. Kehadiran kami disambut oleh Saudara Shamir Ali yang juga setiausaha Southland Muslim Association, sebuah organisasi yang mengurus hal ehwal Islam di selatan New Zealand. Kami juga sempat menunaikan solat Asar bersama beliau di masjid ini yang dikenali sebagai Southland Community Center. Kami juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin menderma kepada persatuan muslim ini, sila layari http://www.sma.org.nz/. Terdapat nombor akaun bank dan maklumat-maklumat aktiviti yang boleh anda perolehi dan semoga bantuan dan sumbangan anda diterima Allah sebagai amalan jariah yang kekal hingga hari kiamat...Amin.

Most southern mosque in the world, Invercargill, NZ

Bersama Saudara Shamir Ali

Solat Asar di Southlan Community Center, Invercargill
Sumbangan bagi komuniti Islam di Invercargill
Selesai solat Asar, kami dibawa oleh Saudara Shamir Ali ke Mevlana Kebabs, sebuah restoren milik saudara Islam di pekan Invercargill. Kami dilayan dengan penuh mesra oleh pemilik Restoren ini, Saudara Mustafa yang berasal dari Turki yang kini menetap di sana.

Bersama pemilik restoren Mevlana Kebabs , saudara Mustafa (yang melambaikan tangan)

Setelah menjamu selera di Mevlana Kebabs, kami meneruskan pengembaraan ke satu destinasi pelancongan utama dunia, iaitu Milford Sound. 

Trip 2013 - Day 2 (Wellington-Picton-Cheviot)

Pada hari kedua, perjalanan kami dari Wellington menaiki feri Interislander menuju ke Picton di Pulau Selatan. Pelayaran ini mengambil masa 3 jam dan sepanjang pelayaran, pemandangan indah Selat Cook dapat dilihat dari atas feri.



Bergambar sebelum menaiki feri InterIslander

Suasana di lounge feri
Setibanya di Pelabuhan Picton, tugasan pertama ialah membeli bekalan sayuran di pasaraya PAK'nSAVE. 
Membeli bekalan sayuran di pasaraya PAK'nSAVE
Selesai membeli-belah di PAK'nSAVE, kami meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan kami di Cheviot kira-kira 224 km dari Picton melalui Blenheim dan menyusuri pantai disepanjang perjalanan ke Kaikora. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam ini sangat menarik kerana pemandangan cantik ladang biri-biri dan keindahan pantai Pulau Selatan, benar-benar memukau pandangan. Kami juga sempat berehat dan melihat lebih dekat kumpulan anjing laut yang sedang berehat di atas batuan pantai di Ohau Seal Point Colony. 


Menyaksikan anjing laut di Ohau Seal Point Colony
Selepas penat bergambar, perjalanan diteruskan ke Cheviot dan kami tiba di camp site Cheviot Motel & Holiday Park kira-kira sejam kemudian untuk bermalam di sini. Setibanya kami di camp site Cheviot, perkara pertama yang dilakukan ialah menuju ke pusat disposal point yang terletak berhampiran camp site. Disposal point merupakan satu kawasan yang disediakn khusus bagi membuang sisa-sisa kumbahan yang terdapat di dalam motorhome dan juga mengisi bekalan air baru untuk digunakan di dalam motorhome apabila konvoi meneruskan perjalanan esok hari. Selesai kerja-kerja pembersihan dan pangisian semula bekalan air di disposal point tadi, ahli konvoi bergerak untuk check-in di camp site Cheviot Motel & Holidays Park. 

Selesai proses check-in, petugas-petugas Universe Heritage pun memulakan tugas menyediakan makan malam untuk semua ahli konvoi. Bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia serta sayuran segar New Zealand menjadi hidangan makan malam untuk semua peserta.

Petugas Universe Heritage sibuk menyediakan makan malam
Menikmati makan malam di Cheviot

Trip 2013 - Day 1 (Auckland-Wellington)

Pada 20-29 Nov 2013 yang lepas, sekali lagi Universe Heritage menjayakan trip kali ke-2 ke New Zealand. Trip kali ini disertai seramai 20 orang. 




Peserta tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland dengan penerbangan Emirates (10 orang) dan Malaysia Airlines (10 orang). Kami tiba di Lapangan terbang Auckland pada jam 12.00 tengahari, manakala rakan-rakan yang menaiki penerbangan Emirates tiba jam 3 ptg akibat kelewatan penerbangan. Tapi syukur alhamdulillah, urusan pengambilan motorhome semuanya berjalan lancar. Setelah urusan kenderaan selesai, peserta seterusnya dibawa menuju ke Wellington.




Konvoi singgah di beberapa tempat seperti Te Awamutu, Napier dan Porirua.